Shanghai: Alejandro Davidovich merangkul gelaran ATP Masters 1000 pertama dalam kariernya selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan rakan senegara dari Sepanyol, Rafael Jodar, pada final Rolex Shanghai Masters.

Pemain pilihan ke-25 itu mencatat kemenangan 1-6, 7-6 (5), 6-4 dalam pertarungan sengit yang menyaksikan beliau mempamerkan semangat juang tinggi selepas dikuasai lawan pada set pertama.

Kejayaan itu menjadi penutup manis buat Davidovich Fokina sepanjang kempen di China apabila beliau terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu set dalam tiga daripada lima perlawanan untuk mara ke final, termasuk ketika menewaskan pilihan utama, Alexander Zverev.

"Saya benar-benar tidak tahu hendak berkata apa sekarang. Fikiran saya kosong. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan dan saya sendiri tidak tahu apa yang saya rasakan. Saya cuma berasa sangat lega.