Johor Bahru: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Pelitup Muka kepada Kerajaan Negeri Johor bagi kegunaan murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri.

​Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan sebanyak 500,000 unit pelitup muka berkenaan disampaikan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ), khusus buat golongan berkenaan.

​Yang turut berangkat pada majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini ialah Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor.

​Kurniaan berkenaan adalah kesinambungan daripada siri inisiatif kebajikan dan keprihatinan berterusan Raja Permaisuri Agong dalam membendung kesan jerebu terhadap komuniti.