Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata Anwar Ibrahim mungkin sukar kekalkan keutuhan kerajaan perpaduan melepasi 2027.PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin percaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan membuka laluan bagi PRU16 menjelang Ogos tahun depan, susulan ketegangan semakin memuncak antara Pakatan Harapan (PH) dan Umno.
Presiden Wawasan itu berkata, Anwar mungkin sukar mengekalkan keutuhan kerajaan perpaduan melepasi 2027.
Katanya, Ahli Parlimen PH sudah mula mempersoalkan kes mahkamah melibatkan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, selepas sebahagian besarnya memilih untuk berdiam diri sepanjang empat tahun lalu.
Januari lalu, Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak meneruskan tindakan lanjut berhubung 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram dihadapi Zahid, yang juga presiden Umno merangkap pengerusi Barisan Nasional (BN).







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ftest1_716667.png&w=480&output=webp&q=85&we)

