LIMA bulan berehat daripada dunia lakonan selepas melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Eyka Farhana mula kembali mengatur langkah menerusi telefilem Gerimis Senja untuk TV3.
Kepulangan itu bukan sekadar mengubati kerinduan terhadap lokasi penggambaran, malah membuka lembaran baharu buat Eyka dalam mengimbangi kerjaya yang diminati dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada Muhammad Luay Khayr.
Eyka atau nama sebenar, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, berkata keputusan ini diambil selepas berasa dirinya sudah bersedia untuk meninggalkan anak buat sementara waktu.
"Saya bersyukur dikurniakan suami (Akhyar Rashid, 27) yang memahami minat saya. Dalam masa sama, saya dapat bantuan ibu dalam menguruskan bayi ketika saya sibuk dengan komitmen kerja.






