Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengumumkan minggu lalu Adun Bersatu hampir memeterai pakatan bersama kerajaan Selangor menjelang pembentangan belanjawan negeri.PETALING JAYA: Pakatan kerajaan Selangor dan Bersatu membolehkan pentadbiran diterajui Pakatan Harapan (PH) berkhidmat sehingga tamat penggal, justeru PRN boleh diadakan selepas PRU16, kata penganalisis.

Awang Azman Pawi.Mengambil kira keretakan hubungan PH dan Barisan Nasional (BN), Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya, berkata perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) bersama Bersatu juga memberi ruang pentadbiran Selangor terus berfungsi biarpun Parlimen dibubarkan.

"CSA itu memberi ruang kepada kerajaan Selangor mengekalkan kestabilan politik sehingga penggal DUN tamat secara automatik pada September 2028," katanya kepada FMT.