KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dijangka menyaksikan persaingan antara dua blok gabungan politik iaitu Pakatan Harapan (PH)-BERSATU dan Barisan Nasional (BN)-PAS.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, berkata meskipun PH masih mempertimbangkan bentuk kerjasama dengan parti lain, senario dua blok berkenaan mempunyai kemungkinan tinggi untuk berlaku.
"Walaupun nampak samar-samar sama ada PH boleh bekerjasama dengan BN atau tidak. Ataupun PH dengan BERSATU.
"Saya andai (senario) apa yang akan berlaku adalah PH-BERSATU lawan dengan PAS-BN. Itu yang akan menjadi dua blok utama yang akan bersaing di PRN Melaka," katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap (KS) pada hari ini.









