Kejayaan dalam kerjaya sering diukur melalui pencapaian, tanggungjawab yang mampu dipikul dan keupayaan menyelesaikan pelbagai tugasan.
Namun, di sebalik kesibukan itu, kesejahteraan diri adalah satu perkara yang tidak seharusnya diabaikan.
Bagi wanita yang bekerja dan pada masa sama menguruskan keluarga, mereka selalu mahu memastikan semuanya berjalan lancar menyebabkan keperluan sendiri diletakkan di tempat terakhir.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Datuk Dr Fuziah Salleh, kesejahteraan di tempat kerja harus dilihat sebagai keperluan penting dalam membina tenaga kerja, organisasi dan masyarakat yang lebih sihat serta berdaya tahan.






