PETALING JAYA: United Kingdom (UK) atau England menjadi destinasi paling kerap digunakan sindiket dalam tawaran pekerjaan palsu yang memperdaya rakyat Malaysia.

Destinasi lain yang turut digunakan dalam tawaran pekerjaan tidak wujud itu ialah Jerman, Itali, Laos dan Dubai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sebanyak tujuh kes penipuan tawaran pekerjaan di luar negara direkodkan dari 2024 hingga Ogos 2025, membabitkan kerugian keseluruhan RM122,175.

Katanya, empat kes direkodkan pada 2024 dengan kerugian RM75,500, manakala dua kes pada 2025 tidak melibatkan sebarang kerugian kewangan.