Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, membatalkan pelantikan 10 ahli exco kerana melanggar sumpah jawatan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar dan empat individu yang mendakwa diri mereka sebagai undang Negeri Sembilan mempertikaikan pembatalan pelantikan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) pada bulan lepas.

Tunku Nadzaruddin menegaskan semula dakwaan beliau terhadap takhta, malam tadi, dengan mendakwa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan apabila pelantikan ahli-ahli exco berkenaan dibatalkan pada 20 Sept, maka tidak sah dan tidak berperlembagaan.

"Kami dengan ini mengurniakan limpah perkenan kepada Ismail Lasim selaku menteri besar dan barisan exco... untuk terus mengemudi pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan," menurut kenyataan bersama dengan empat 'undang' berkenaan dan Tunku Besar Tampin.