Pengasas bersama Bersatu, Redzuan Yusof, berkata PN kekal sebagai jenama yang cukup kuat dan tidak menolak kemungkinan Bersatu mengambil inisiatif untuk membentuk semula gabungan itu.PETALING JAYA: Gabungan longgar Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) berpotensi dijanamakan semula sebagai Perikatan Nasional (PN) baharu, kata pengasas bersama Bersatu, Redzuan Yusof, selepas gabungan itu dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Redzuan berkata PN kekal sebagai jenama yang cukup kuat dan tidak menolak kemungkinan Bersatu mengambil inisiatif untuk membentuk semula gabungan itu dengan gagasan serta hala tuju berbeza, lapor Utusan Malaysia.

“Semasa Umno pernah dibatalkan pendaftarannya, maka wujud Umno baharu ketika itu. Saya tidak boleh menidakkan ada usaha-usaha untuk mewujudkan PM baharu," katanya yang dipetik sebagai berkata.