ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkiye merampas sebuah kepala patung Zeus diperbuat daripada marmar yang berusia 2,000 tahun serta lebih 7,100 artifak bersejarah lain dalam operasi membanteras penyeludupan di seluruh negara, menurut kenyataan pegawai, hari ini, lapor Xinhua.
Di wilayah barat Izmir, polis merampas kepala patung Zeus daripada era Rom itu dalam satu operasi di daerah Konak, semalam, menurut direktorat keselamatan wilayah terbabit.
Artifak yang berusia kira-kira 2,000 tahun itu disahkan sebagai aset budaya yang dilindungi dan tiga suspek ditahan, lapor Agensi Berita Demirören.
Dalam kejadian berasingan, pasukan penguat kuasa kastam merampas sejumlah 7,160 artifak bersejarah menerusi dua operasi di pintu sempadan berhampiran Greece, di wilayah barat laut Edirne, umum Kementerian Perdagangan.









