KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menyelaraskan usaha bagi memastikan persaingan yang adil menerusi pengukuhan kawal selia platform e-dagang asing serta peningkatan daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Usaha itu membabitkan tindakan rentas kementerian dan agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Antara aspek yang diteliti ialah persaingan adil, pematuhan piawaian dan keselamatan produk, percukaian serta kerangka kawal selia platform e-dagang asing.

"Isu ini turut dibangkitkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perbincangan dua hala bersama kepimpinan China pada September 2026.