KUALA LUMPUR: Bakal jemaah Haji yang terpisah daripada kumpulan di Makkah atau Madinah boleh dibantu dikesan menerusi fungsi penjejakan lokasi dalam aplikasi Glocal Pilgrims Alert yang diperkenalkan Glocal Travel & Tours Sdn Bhd (Glocal Travel) bagi Musim Haji 1448H/2027M.

Aplikasi pengurusan pintar itu dibangunkan untuk membantu menangani cabaran komunikasi dan pergerakan jemaah dengan menyediakan notifikasi masa nyata mengenai jadual perjalanan, titik perhimpunan serta makluman penting terus kepada pengguna.

Glocal Travel berkata fungsi penjejakan lokasi pula hanya digunakan dengan persetujuan jemaah bagi membantu pasukan operasinya mengesan individu yang terpisah daripada kumpulan, dengan aspek privasi turut diberi perhatian.