Kuala Lumpur : "Memang anak ada bagi duit, tapi mereka pun ada komitmen dan anak-anak sendiri. Mak Wan tak nak susahkan mereka,".

Demikian luahan pelakon veteran, Halimatussa'diah Mohd Daud atau lebih mesra disapa Mak Wan Latah, 65, yang memilih untuk terus berdikari dan mencari rezeki sendiri berbanding bergantung sepenuhnya kepada empat orang anaknya.

Menurut Mak Wan, kesemua anaknya kini sudah berkeluarga serta mempunyai tanggungan masing-masing, sekali gus membuatkannya segan untuk terus meminta-minta bantuan kewangan daripada mereka.

"Anak Mak Wan ada empat orang, dua lelaki dan dua perempuan. Alhamdulillah, kesemuanya sudah berkeluarga. Sebab itulah Mak Wan tak nak ganggu atau menyusahkan mereka sangat.