Petaling Jaya: Program realiti Gegar Vaganza musim ke-13 (GV13) kali ini membawa kelainan dengan menampilkan 13 peserta dibarisi juara program realiti popular, Akademi Fatasia (AF) untuk merangkul kejuaraan utama.
Bagaimanapun, musim istimewa dikenali Gegar Vaganza Fantasia itu memperkenalkan sembilan peserta bertanding iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila Jirin (AF5), Stacy Anam (AF6), Shahir (AF8), Faizul Sany (AF10) dan Firman (AF11).
Namun, empat lagi peserta dirahsia sebagai kejutan dan pemilihan dibuat secara undian oleh peminat-peminat yang dibuka selepas persembahan konsert pertama Gegar Vaganza Fantasia itu.
Malah, barisan pengacara pula dikendalikan tiga selebriti iaitu Nabil Ahmad, Sherry Alhadad dan Jihan Muse, manakala barisan juri pula diterajui oleh Datuk Ramli MS,, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.










