MALAM Kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026), baru-baru ini menyaksikan detik bersejarah buat pelakon, Anna Jobling.

Pentas berprestij dihoskan oleh Ain Edruce dan Kamal Adli itu menobatkan Anna sebagai pemenang trofi utama AMT 2026.

Kejayaan cemerlang Anna yang turut merangkul trofi Selebriti Feminin Terhangat membuktikan sokongan peminat dan dedikasi berterusan menjadi kunci utama kejayaan seseorang artis.

Mengulas kejayaannya, Anna meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka akan membawa pulang trofi utama.