Melahirkan generasi muda yang mampu berfikir secara kritis dan menghasilkan penyelesaian inovatif terhadap masalah dunia sebenar menjadi antara matlamat program pendidikan Shell NXplorers yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cabaran berkaitan makanan, air dan tenaga.
Usaha itu diterjemahkan menerusi Cabaran Shell NXplorers Malaysia 2026 Peringkat Semenanjung Malaysia yang menyaksikan pasukan HOGWARTS dari SMK Vivekananda, Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara selepas mengetengahkan idea inovatif bagi menangani isu berkaitan kehidupan seharian.
Kemenangan itu melayakkan HOGWARTS, yang dianggotai Vashnie Ramesh Kumar, Sakthivelan Kumaraguru dan Meenal Muthiah, mewakili Semenanjung Malaysia ke pertandingan peringkat kebangsaan pada penghujung bulan ini.








