Kangar: Penggantungan keahlian Abu Bakar Hamzah daripada BERSATU adalah urusan dalaman parti itu dan tidak memberi kesan kepada kedudukannya sebagai Menteri Besar Perlis.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Hamdan Bahari berkata, pelantikan dan pengguguran jawatan Menteri Besar tertakluk kepada kuasa termaktub di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis, bukannya ditentukan secara mutlak oleh keputusan parti politik.
Katanya, jawatan Menteri Besar adalah jawatan lantikan oleh Raja Perlis yang berasaskan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
"Menteri Besar hanya boleh digugurkan menerusi beberapa cara, antaranya undi tidak percaya di dalam DUN sekiranya hilang sokongan majoriti dan mendapat perkenan Raja Perlis.








