Impian memiliki kediaman sendiri sering dianggap sukar direalisasikan golongan muda terutama apabila pendapatan bulanan masih rendah dan simpanan belum mencukupi.
Namun, kekangan itu tidak mematahkan semangat Nurdiana Idris, 36, yang nekad membeli kediaman pertamanya berharga RM265,000 pada 2018 ketika gaji bulanannya kurang daripada RM2,500.
Kediaman itu akhirnya menjadi miliknya pada April 2022 selepas tertangguh hampir setahun berikutan pandemik COVID-19.
Menurut pegawai sumber manusia di sebuah syarikat swasta itu, impian memiliki kediaman sendiri mula tersemat ketika berusia 23 tahun.








