Rafizi Ramli telah arah peguamnya mula prosiding undang-undang terhadap Menteri Sumber Manusia R Ramanan berhubung kenyataan yang dibuat dalam satu sidang media.PETALING JAYA: Pemimpin Bersama Rafizi Ramli mahu menyaman R Ramanan berhubung dakwaan yang dilemparkan oleh naib presiden PKR itu terhadapnya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Rafizi mendakwa, Ramanan yang juga menteri sumber manusia membuat pelbagai tuduhan terhadapnya, termasuk mengaitkannya dengan amalan rasuah.

"Saya telah berbincang dengan pasukan peguam saya dan mereka berpendapat ada asas kukuh untuk memulakan tindakan saman terhadap Ramanan, kerana kenyataan-kenyataan dalam sidang media itu telah melanggar garis-garis yang ditetapkan oleh undang-undang fitnah di negara ini.