PETALING JAYA – Aktres handalan juga pengarah veteran, Fauziah Ahmad Daud seolah-olah memberi amaran agar namanya tidak dipetik sebagai antara juri program Gegar Vaganza Fantasia (GVF) selepas wujud cadangan segelintir netizen mencadangkan dirinya untuk kembali mengadili bekas peserta Akademi Fantasia (AF) yang bertanding kali ini.

Berkeras dengan pendiriannya, Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, 63, awal-awal lagi berkata ‘tidak’ jika dijemput menjadi juri GV kerana berasakan tidak layak untuk memikul tanggungjawab tersebut selain enggan mengundang kecaman ramai seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.

“Dulu di AF pun ramai yang tak boleh menerima kritikan dan pandangan saya. Terima kasih masih ingat saya,” katanya membalas sebuah hantaran dalam platform Threads.