Tunku Putra-HELP School menyediakan khidmat kaunseling kepada beberapa pelajar, dan mempertimbangkan langkah keselamatan susulan kejadian pada Rabu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang guru yang cedera dipercayai akibat diserang seorang pelajar di sebuah sekolah swasta di Kuching, Sarawak telah dibenarkan keluar hospital.

Tunku Putra-HELP School memuji guru terbabit dan para pelajar atas tindakan pantas terhadap remaja yang didakwa melakukan serangan itu.

"TPH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru kami yang terlibat dalam insiden itu atas keberanian dan ketenangannya, serta kepada para pelajar yang bertindak pantas untuk membantu guru dan rakan sekelas," menurut kenyataan.

Pihak sekolah memaklumkan bahawa mereka menyediakan khidmat kaunseling kepada beberapa pelajar susulan kejadian tersebut.