MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang pelabur global berhasrat melaksanakan pelaburan bernilai AS$50 bilion dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi baharu dan pusat data di Sarawak serta Semenanjung.
Beliau berkata, perkara itu dinyatakan pelabur berkenaan menerusi sidang video bersama-samanya baru-baru ini dengan pelaburan berkenaan disifatkan beliau sebagai antara yang terbesar di rantau ini.
Anwar menyatakan, pelaburan dalam sektor teknologi berkenaan berpotensi membuka peluang pekerjaan baharu yang lebih baik kepada rakyat, khususnya generasi muda termasuk pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.
"Hari Selasa lalu, seorang daripada pelabur terbesar di dunia, mengadakan sidang video dengan saya. Dia kata dia sudah pilih Sarawak, Kuching dan Semenanjung untuk membangunkan pelaburan di antara pelaburan terbesar di rantau ini, AS$50 bilion.









