TAIPING: Lebih 2,200 peserta termasuk dari luar negara menyertai acara berbasikal The Heritage Ride Taiping di Dataran Warisan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh berkata, penganjuran kali ketiga itu mendapat penyertaan daripada peserta tempatan dan 11 negara lain, antaranya Singapura, Rusia, United Kingdom, China dan Indonesia.

Menurutnya, semua slot penyertaan dipenuhi dalam tempoh kurang sebulan selepas pendaftaran dibuka, manakala penganjuran pertama pada 2024 sempena ulang tahun ke-150 Bandar Warisan Taiping menarik kira-kira 1,600 peserta.

“Hujan lebat sejak awal pagi tidak menghalang pelepasan peserta bagi tiga kategori kayuhan membabitkan jarak 17, 65 dan 90 kilometer dengan laluan merangkumi Taiping serta kawasan sekitarnya, termasuk Kamunting, Batu Kurau dan Bukit Merah.