Timbalan Penyelaras Wawasan Melaka Dr Yadzil Yaakub, berkata fokus utama menyertai pilihan raya ialah mencapai kemenangan meskipun wujud rasa tidak puas hati berkait agihan kerusi. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan mendominasi rundingan kerusi di SG4, kata pemimpin Wawasan mengulas seruan gabungan itu bertanding solo pada PRN Melaka susulan tindakan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Sungai Udang.
Timbalan Penyelaras Wawasan Melaka Dr Yadzil Yaakub sedar timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong PN seperti disuarakan penyandang DUN Sungai Udang, Dr Aleef Yusof.
“Kali ini di Melaka, BN nampak mendominasi, tetapi di negeri lain...giliran PN (di SG4) pula mendominasi," katanya kepada FMT merujuk Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.







