Lima lagi stesen pemantauan di Sarawak turut merekodkan trend sama kualiti udara tidak sihat iaitu Kuching (180), Samarahan (177), Sri Aman (157), Sibu (152) dan Sarikei (109). (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat 6 petang, dengan IPD Serian di Sarawak mencatatkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) tertinggi, iaitu 192.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, lima lagi stesen pemantauan di Sarawak turut merekodkan trend sama, iaitu Kuching (180), Samarahan (177), Sri Aman (157), Sibu (152) dan Sarikei (109).
IPU tidak sihat juga direkodkan di Paka, Terengganu (156) dan Pasir Gudang di Johor (152).







