Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali berkata parti itu khuatir perjalanan mesyuarat PN dan keputusan yang dibuat mempunyai implikasi perundangan yang serius.PETALING JAYA: Bersatu membangkitkan kebimbangan bahawa mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan berlangsung malam ini mungkin melanggar Akta Pertubuhan.

Walaupun PN memperoleh penangguhan pembatalan pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali, berkata Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penangguhan itu tidak bermaksud status gabungan berkenaan dipulihkan secara automatik.

Azmin turut menegaskan bahawa JPPM dan Menteri Dalam Negeri telah memfailkan rayuan terhadap penangguhan itu.