KUALA LUMPUR: Dua aksi persahabatan Tier 1 di Guangzhou, China bulan depan bakal menjadi medan penting buat pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memperkemas ramuan pasukannya sebelum mengharungi cabaran akan datang.
Bukan sekadar memburu keputusan positif, Tan Cheng Hoe mahu menggunakan peluang berdepan China dan Yaman itu untuk mengekalkan momentum peningkatan skuad kebangsaan, selain memperkukuh keserasian antara pemain dalam usaha membentuk pasukan lebih mantap.
Justeru, beliau memberi bayangan dua atau tiga pemain tambahan bakal dipanggil menyertai skuad kebangsaan bagi meningkatkan kekuatan pasukan menjelang tugasan berkenaan.
"Perlawanan persahabatan ini memang kita ada sasaran. Kita mahu kekalkan momentum dan mendapatkan keputusan positif serta yang terbaik untuk pasukan.










