Kuala Lumpur: Skuad kebangsaan sememangnya perlu diperkuat dengan oleh barisan pemain terbaik bagi mengharungi aksi persahabatan pada jendela antarabangsa FIFA untuk memastikan pembentukan pasukan yang mantap serta berupaya memburu mata penting bagi membaiki kedudukan ranking dunia.

Hakikat itu diakui pengendali interim skuad negara, Tan Cheng Hoe yang menjelaskan bahawa kehadiran tonggak utama yang berada pada prestasi terbaik pada setiap perlawanan dalam kalendar rasmi FIFA amat kritikal bagi membina keserasian dan mengekalkan corak permainan berprestasi tinggi.

"Memang jika pasukan kebangsaan mahu mengutip mata ranking dan meraih keputusan positif, skuad negara sememangnya perlu dibarisi oleh pemain-pemain terbaik yang kita ada.