Mustapha Sakmud berkata RM3.3 bilion diperuntuk menerusi Belanjawan 2027 bagi projek jalan raya di Sabah dan Sarawak.PETALING JAYA: Mustapha Sakmud menolak dakwaan bahawa projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah dan Sarawak dibatalkan atau peruntukannya dipotong, dengan menegaskan penangguhan pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) baharu tidak bermakna projek yang diluluskan dibatalkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu berkata arahan penangguhan SST baharu pada 10 Sept dibuat sebagai langkah kawalan kewangan susulan komitmen kontrak dan perbelanjaan yang melebihi peruntukan tahunan.
“Penangguhan pengeluaran SST baharu tidak boleh disamakan dengan pembatalan projek pembangunan yang telah diluluskan,” kata pengerusi PKR Sabah itu dalam kenyataan.








