KUALA LUMPUR: TMK Industries memperluas rangkaian jenama UVKOOL kepada 60 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia sejak memulakan perniagaan perlindungan dan penjagaan kenderaan pada 2017.
TMK Industries dalam kenyataan berkata, perkembangan itu menjadi pencapaian penting bagi syarikat Bumiputera berkenaan dalam memperkukuh kedudukannya dalam pasaran perkhidmatan automotif tempatan.
Syarikat itu menawarkan filem penapis haba premium, filem perlindungan cat (PPF) dan salutan seramik bagi membantu pemilik mengekalkan penampilan, melindungi permukaan serta memelihara nilai kenderaan.
Selain rangkaian UVKOOL, TMK Industries mengendalikan sendiri pusat operasinya di Kajang, Setapak dan Melaka, manakala ibu pejabat syarikat terletak di Kajang, Selangor.








