NEW YORK: Harga minyak merosot lebih tujuh peratus pada Isnin apabila rundingan antara pegawai Iran dan Qatar meningkatkan harapan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran akan berakhir, sekali gus menstabilkan bekalan minyak mentah Timur Tengah.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, berkata pemimpin tertinggi negara itu memberikan "kuasa tertentu" kepada kerajaan berhubung rundingan damai.

Perunding Iran mengadakan rundingan selama beberapa hari dengan pengantara Qatar bagi menamatkan perang berkenaan.

Seorang pegawai yang dimaklumkan mengenai rundingan itu berkata, draf cadangan sedang diedarkan dan mesyuarat susulan mungkin diadakan.