WASHINGTON: Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) pada Rabu mengekalkan kadar faedah, meskipun Pengerusinya, Kevin Warsh berkata inflasi kekal 'terlalu tinggi', namun menegaskan faktor politik tidak mempengaruhi keputusan bank pusat itu untuk tidak meneruskan kenaikan kadar faedah, hanya beberapa hari sebelum pilihan raya pertengahan penggal yang penting.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dianggotai 12 ahli mengundi 10-2 untuk mengekalkan kadar faedah pada julat sasaran antara 3.75 hingga 4.00 peratus, dengan alasan memerlukan lebih banyak data dalam usaha membendung inflasi, selepas menaikkan kadar buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun pada mesyuarat sebelumnya pada September.