PETALING JAYA: Corporate Sustainability & Upcycling Network (CSUN) telah dilancarkan secara rasmi di Menara Symphony, Symphony Square, Petaling Jaya, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha memajukan kelestarian, kerjasama rentas sektor dan pemerkasaan komuniti di Malaysia.
Majlis pelancaran tersebut menghimpunkan pemimpin korporat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), badan profesional, institusi pendidikan serta organisasi komuniti, dengan kejayaan memeterai 50 Memorandum Persefahaman (MOU) merangkumi 11 kategori industri.
Majlis berkenaan turut menyaksikan CSUN menerima pengiktirafan Asia Record bagi pencapaian bertajuk “Most Cross-Sector Collaboration Network for a Sustainability Initiative” (Rangkaian Kerjasama Rentas Sektor Terbanyak bagi Inisiatif Kelestarian).









