London: Persatuan Bolasepak England (FA) menolak rayuan Arsenal berhubung kad merah yang dilayangkan kepada pemain muda, Max Dowman ketika kekalahan pasukan itu dalam aksi Piala Liga, kelmarin.

Pemain berusia 16 tahun terbabit dilayangkan kad merah pada minit ke-85 selepas mengasari Harrison Neal susulan terjahan keras dalam perlawanan yang menyaksikan Arsenal beraksi dengan 10 pemain sebelum tewas 3-5 menerusi penentuan penalti kepada kelab divisyen empat, Fleetwood Town, selepas terikat 1-1.

Arsenal kemudian mengemukakan rayuan terhadap keputusan pengadil melayangkan kad merah serta hukuman yang dikenakan ke atas pemain itu.

Bagaimanapun, FA dalam kenyataan hari ini mengesahkan kedua-dua rayuan berkenaan ditolak oleh suruhanjaya kawal selia bebas.