KUALA LUMPUR: Pembabitan dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) membuka ruang buat penyanyi dan pelakon, Mimifly, mencabar kemampuan diri, sekali gus meneroka sisi baharu dalam perjalanan seninya.

Mimifly atau nama sebenar, Shamimi Amalina Norhisham, 40, berkata, proses latihan berterusan bukan sahaja membantunya mendalami watak, malah mendidik dirinya untuk memperbaiki kelemahan dan menerima kritikan demi menghasilkan persembahan lebih berkualiti.

Tambahnya, seseorang penggiat seni perlu berani keluar daripada zon selesa, selain sentiasa terbuka untuk belajar dan memperbaiki kekurangan diri.

"Kita perlu mencabar diri untuk berkembang tanpa kehilangan identiti sendiri. Kita betulkan apa yang kurang, saling menyokong dan mengkritik diri sendiri supaya dapat menjadi lebih baik.