SKMM berkata setiap projek infrastruktur komunikasi yang dibiayai dana USP mesti dilaksanakan mengikut obligasi kontrak dan tempoh dipersetujui.PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan MajuBina Resources Sdn Bhd membayar RM15.32 juta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana gagal menyiapkan projek Jalinan Digital Negara (Jendela) 1 di Sabah mengikut jadual.
SKMM berkata, tindakan undang-undang itu difailkannya pada Februari lalu bagi menuntut bayaran ganti rugi susulan kelewatan projek di bawah inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).
Mahkamah turut memerintahkan syarikat terbabit membayar kos sebanyak RM5,000 kepada SKMM.
Menurut SKMM, setiap projek infrastruktur komunikasi yang dibiayai dana USP mesti dilaksanakan mengikut obligasi kontrak dan tempoh dipersetujui.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar1_142646.png&w=480&output=webp&q=85&we)