KUALA LUMPUR: Mega Fortris Bhd tidak mengetahui sebarang perkembangan korporat berkaitan perniagaan dan hal ehwal kumpulan itu yang belum diumumkan sebelum ini.
Pereka dan pengilang meterai keselamatan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, ini termasuk sebarang perkara yang masih di peringkat rundingan atau perbincangan, yang boleh menjelaskan aktiviti dagangan baru-baru ini.
"Lembaga tidak mengetahui sebarang penjelasan lain yang mungkin bagi menjelaskan aktiviti dagangan tersebut."
Syarikat itu mengesahkan bahawa ia telah mematuhi Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities), khususnya Perenggan 9.03 mengenai kewajipan pendedahan segera.








