ISTANBUL: Delegasi pengantara Qatar tiba di Tehran pada pagi Jumaat untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan Iran.

Ini adalah usaha diplomatik terbaharu bagi menghidupkan semula rundingan damai yang tergendala antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi yang memetik media kerajaan Iran.

Delegasi itu diketuai oleh seorang penasihat kanan kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar dan dijangka membincangkan hubungan dua hala serta perkembangan serantau, menurut agensi berita Iran, IRNA.

Al Jazeera sebelum ini melaporkan bahawa pengantara Qatar kembali ke Tehran bagi merundingkan satu perjanjian untuk menamatkan konflik AS-Iran, dengan inisiatif itu diselaraskan bersama Washington.