PELABUHAN KLANG: Sebanyak 1,257 kontena mengandungi lebih 31,000 tan sisa elektronik (e-waste) terdampar di Pelabuhan Klang, di sini sejak lebih dua tahun lalu.

Bagi memutus kegiatan membawa masuk e-waste ini, pihak berkuasa memperluas radius operasi di luar kawasan dok bagi menggempur keseluruhan ekosistem perdagangan berkenaan.

Operasi membersihkan kontena ditinggalkan di pelabuhan utama negara berkembang menjadi usaha penguatkuasaan pelbagai agensi membabitkan eksport semula, siasatan, tindakan lesen serta serbuan ke atas premis sisa elektronik haram di kawasan pedalaman.

Rekod Pasukan Petugas Bersama Pelabuhan Klang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menunjukkan bahawa 1,257 kontena sisa elektronik itu ditinggalkan sepanjang 2024 dan 2025.