Johor Bahru: Warga emas berdepan detik cemas selepas dipercayai menjadi mangsa serangan dua lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah kedai mencuci kereta di Plentong, di sini.

Kejadian itu tular di platforma media sosial selepas rakaman video berdurasi dua minit 54 saat memaparkan tindakan dua individu terhadap mangsa tersebar sejak malam tadi.

Menerusi rakaman itu, mangsa dilihat ditolak sebelum ditendang dan ditampar dalam kejadian berkenaan.

Lebih mengejutkan, mangsa yang kelihatan sudah berusia itu dilihat tidak berdaya berdepan tindakan agresif individu terbabit.