Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata penangguhan projek jalan luar bandar berkait pengurusan fiskal dan komitmen kontrak yang meningkat. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan dalam peruntukan pembangunan jalan luar bandar, sebaliknya kedua-dua negeri itu terus diberi keutamaan dengan peruntukan yang meningkat hampir tiga kali ganda bagi tempoh 2023 hingga 2027 berbanding lima tahun sebelumnya, kata Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Menurut bekas menteri kewangan dan menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu, perbelanjaan jalan luar bandar bagi tempoh 2018 hingga 2022 berjumlah RM3.7 bilion manakala bagi tempoh 2023 hingga 2027 meningkat kepada RM11 bilion, termasuk peruntukan tahun ini dan tahun hadapan.








