Ketua Pemuda PKR Selangor Iman Haziq berkata jawapan kepada beberapa dakwaan setiausaha akhbar KKDW terkandung dalam hansard dan dilaporkan media.PETALING JAYA: Beberapa dakwaan setiausaha akhbar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkaitan 'komitmen berlebihan' KKDW kelihatan tersasar dari fakta menurut hansard Parlimen dan laporan media, kata pemimpin Pemuda PKR.

Ketua Pemuda PKR Selangor, Iman Haziq, menyeru Amel Fadzmel supaya merujuk hansard dan berita yang menjawab beberapa dakwaannya, sebelum membawa isu berkaitan komitmen KKDW ke Melaka yang sedang menghadapi pilihan raya.

"Saya juga sudah tentu bersetuju bahawa jalan luar bandar harus dibina dan kontraktor mesti dibayar. Tapi setiap perkara ada had, termasuk perbelanjaan. Sebab itu kita ada bajet yang perdana menteri bentang setiap tahun. Dan kalau sesuatu kementerian sudah terlebih komitmen berbelanja, beginilah jadinya.