Ketua Polis Pulau Pinang Dennis Lim Kwang Keng nafi dakwaan isteri Adun tersebut kononnya polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan dibuatnya. (Gambar Bernama)GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada isteri seorang Adun negeri ini yang mendakwa dicederakan suaminya di kediaman pasangan itu di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang Dennis Lim Kwang Keng, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dengan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Polis telah merakam keterangan empat individu termasuk pasangan suami isteri itu dan setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.
"Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk keputusan selanjutnya," katanya kepada pemberita pada sidang media di IPK Pulau Pinang.









