Newcastle: Everton meningkatkan tekanan terhadap pengendali Newcastle yang semakin terdesak, Matthias Jaissle, apabila Thierno Barry memastikan kemenangan 1-0 di St James' Park, awal pagi tadi.
Barry menjaringkan gol di awal babak kedua untuk melonjakkan Everton ke tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris, manakala Newcastle terus terperosok di kedudukan ke-13.
Pemain tengah Newcastle, Jacob Ramsey dilayangkan kad di akhir permainan kerana mengasari Harrison Armstrong.
Kekalahan itu melengkapkan satu lagi malam mengecewakan buat Newcastle yang dibiayai Arab Saudi. Mereka tewas empat daripada lima perlawanan terakhir dalam semua pertandingan, selain hanya menang dua kali dalam tujuh aksi terkini.








