SETIU: Mahasiswa kurang berkemampuan dan anak yatim hanya perlu membayar RM1 bagi setiap hidangan menerusi inisiatif Dapur Minda yang dilaksanakan di Kolej Universiti Bestari (UC Bestari) di sini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UC Bestari, Prof. Madya Abdul Razak Salleh berkata, inisiatif itu bagi membantu meringankan beban pelajar di samping memastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat.

Katanya, sejak Dapur Minda ditubuhkan pada Mac 2019, ia memberi manfaat kepada lebih 1,000 mahasiswa.

“Menerusi program ini, pe­ngurusan universiti menanggung baki bayaran bagi memastikan golongan mahasiswa yang memerlukan bantuan tidak terbeban dengan kos makanan sepanjang mengikuti pengajian.