LONDON: Saintis menemui penemuan yang berpotensi merombak teori yang telah diterima selama beberapa dekad mengenai bagaimana kehidupan bukan manusia bermula di bumi.
Bagi membolehkan hidupan muncul daripada bahan kimia bukan hidup, bumi memerlukan bekalan molekul organik dan keadaan yang sesuai untuk membolehkan bahan-bahan itu bergabung.
Antara teori paling popular bagi menjelaskan asal usul bekalan bahan tersebut ialah komet berais membawa sejumlah besar bahan kimia berkepekatan tinggi secara langsung ke permukaan bumi.
Bagaimanapun, penyelidik dari Universiti Cambridge kini berpendapat teori itu amat sukar untuk berlaku.









