KUALA LUMPUR: Sempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhannya, SNEK KU mencatat pencapaian tersendiri apabila menerima pengiktirafan ASEAN dan ASIA Records menerusi penganjuran SNEK KU Joy Truck, yang diiktiraf sebagai First and Largest Joy-Sharing Interactive Snack Truck Tour. Interaktif Berkongsi Kegembiraan yang Pertama dan Terbesar.

Berlangsung selama 50 hari dari 7 Ogos hingga 4 Oktober 2026, jelajah itu merentasi sembilan negeri di Semenanjung Malaysia dengan mengunjungi 36 lokasi serta mengadakan 98 hentian.

Sepanjang kempen berkenaan, sebanyak 50,580 pek snek dikongsi bersama masyarakat, sekali gus membawa pengalaman interaktif dan mencipta detik bermakna kepada komuniti di seluruh negara.