Kuala Lumpur : Raani Fashion Jewellery mengukuhkan kedudukannya dalam industri barang kemas fesyen India apabila menerima pengiktirafan berganda ASEAN Records dan Asia Records sempena sambutan Deepavali di Little India, Brickfields, baru-baru ini.

Pengiktirafan itu diberikan bagi kategori Largest Standalone Indian Fashion Jewellery Outlet Network Operated by an Indian Textile, Silk Saree and Wedding Collection Retail Group Founded Outside India.

Rekod berkenaan merangkumi sembilan cawangan Raani Fashion Jewellery yang beroperasi secara berdiri sendiri serta lima cawangan Raani Silks di enam negeri dan Wilayah Persekutuan.

Kedua-dua sijil berprestij itu disampaikan oleh Ketua Pengadil ASEAN Records dan Asia Records, Gillian Ooi kepada Pengasas dan Pengarah Urusan Raani Gold Coverings, Datuk Rafi.