NILAI: Jabatan Pendidikan (JPN) Negeri Sembilan menyiasat dakwaan pengambilan dadah dipercayai jenis 'piu piu' membabitkan remaja lelaki disyaki pelajar sebuah sekolah di daerah ini.

Pengarahnya, Khalidah Omar, memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan perkara itu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Terdahulu, menerusi rakaman video yang dimuat naik di aplikasi Threads, seorang remaja lelaki dilihat berada dalam keadaan membongkok, kepala tertunduk serta tidak bergerak.

Menerusi kapsyen pada video itu, pelajar terbabit dikatakan sebagai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta kononnya mengambil piu piu.